Pelaksanaan Kempen Tandas Awam Bersih KPKT 2025 adalah untuk mewujudkan Tandas Awam bertaraf 4 bintang BMW dan ke atas. Ia juga bertujuan untuk membudayakan amalan menganjurkan kempen melibatkan pemimpin dan masyarakat setempat bagi memastikan tandas awam sentiasa diselenggara dengan baik.
Tahniah kepada PBT yang menyertai kempen ini atas pencalonan daripada SUK & KKTP negeri masing-masing.
Selamat melaksanakan kempen kepada semua PBT yang terlibat dan selamat berjaya.
Penyertaan secara sukarela dialu-alukan, Sila hubungi En. Zulkifli Mohammad di talian : 013-6673091 dan En. Raja Mohd Rostum : 018-3116536