Pengumuman Selamat Hari Rabies Sedunia

HARI RABIES SEDUNIA disambut setiap tahun pada 28 September bagi meningkatkan kesedaran tentang pencegahan penyakit rabies kepada semua.

Tema sambutan pada tahun ini ialah “One Health Zero Death” yang menekankan kerjasama antara agensi dan jabatan serta penglibatan masyarakat bagi mengukuhkan sistem kesihatan dan program kawalan rabies.

Dalam konteks ini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan salah satu agensi yang memainkan peranan dalam mengekang penularan penyakit rabies. Melalui Hari Rabies Sedunia, diharap semua pihak termasuk masyarakat dapat memainkan peranan masing-masing dalam menjalankan tanggungjawab bagi mencegah dan membendung penularan penyakit Rabies di Negara ini.